Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGKA KORBAN TANAH RUNTUH MENINGKAT KEPADA 21 ORANG

DALAM NEGARA

ANGKA KORBAN TANAH RUNTUH MENINGKAT KEPADA 21 ORANG

Mangsa korban melibatkan empat kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan, 12 wanita dewasa serta empat lelaki dewasa.

KUALA LUMPUR: Angka korban kejadian runtuhan tanah di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali meningkat kepada 21 mangsa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa korban melibatkan empat kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan, 12 wanita dewasa serta empat lelaki dewasa.

Katanya setakat maklumat yang dikemaskini pada 7 petang, sejumlah 94 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku.

“Seramai 54 orang dalam keadaan selamat dan hanya tujuh mangsa cedera.

“Pencarian masih berjalan untuk mengesan 12 mangsa yang tidak ditemui lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak Bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain termasuk Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Pasukan SMART.

Maklumat dari semasa ke semasa akan dikemaskini sehingga operasi selesai, katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: KPM SAHKAN MURID, GURU SJKC MUN CHOONG TERLIBAT TRAGEDI TANAH RUNTUH BATANG KALI – ALHIJRAH ONLINE

  2. Pingback: TANAH RUNTUH: WARIS MANGSA MAUT TERIMA RM10,000 – PM – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading