TANAH RUNTUH: WARIS MANGSA MAUT TERIMA RM10,000 – PM

BATANG KALI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan permulaan segera sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini.
ARTIKEL BERKAITAN – ANGKA KORBAN TANAH RUNTUH MENINGKAT KEPADA 21 ORANG
Beliau berkata Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 pula akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah bagi mangsa yang tidak melibatkan kematian.
Perdana Menteri berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan peruntukan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor.
“SUK Selangor akan menyalurkan terus bantuan berkenaan kepada mangsa,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat berhubung insiden itu di sini malam ini.
Setakat 7.10 malam tadi, seramai 21 mangsa disahkan meninggal dunia manakala 12 lagi masih hilang.–AlHijrah Online