TANAH RUNTUH: DUA LAGI MANGSA MAUT DITEMUKAN, IDENTITI ENAM MAYAT TELAH DIKENAL PASTI
Dua lagi mayat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berjaya dijumpai, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa maut setakat ini seramai 23 orang.
BATANG KALI: Dua lagi mayat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berjaya dijumpai, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa maut setakat ini seramai 23 orang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata mayat yang ditemukan dalam keadaan sempurna itu adalah seorang wanita lingkungan 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia antara dua hingga tiga tahun.
“Kedua-dua mayat telah ditemukan oleh pasukan penyelamat pada 1.05 tengah hari di kawasan Hillview (sektor A).
“Setakat ini pasukan penyelamat masih berada di lokasi untuk cari 10 mangsa lain,” katanya pada sidang media di lokasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi itu, di sini, hari ini.
Suffian berkata kedua-dua mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Dalam pada itu, beliau berkata pihak polis akan memanggil pengusaha tapak perkhemahan tersebut hari ini untuk tindakan susulan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis dalam sidang media sama memberitahu kedua-dua mayat itu ditemukan berhampiran antara satu sama lain pada kedalaman tiga kaki.
“Kami syaki mereka ini ibu dan anak berdasarkan maklumat yang kita dapat. Kedua-dua mangsa ditemui di lereng bawah kawasan Hillview berhampiran dengan kolam air,” katanya.
Bagi mempercepatkan usaha mencari mangsa, Norazam berkata pihaknya memerlukan penambahan jengkaut.
Bagi perkembangan lain, enam daripada 23 mangsa yang ditemukan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya telah dikenal pasti setakat 7 pagi tadi.
Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), identiti mangsa dikenal pasti dengan pengecaman oleh waris atau menerusi ujian cap jari, manakala proses bedah siasat dan pengecaman mayat yang lain masih dijalankan.
Senarai nama mangsa yang terkorban:
1. Lim Wei Xin (perempuan-dewasa)
2. Hong Mei Jing (perempuan-dewasa)
3. Nurul Azmani (perempuan-dewasa)
4. Lai Lee Yin (perempuan-dewasa)
5. Tong Kai (kanak-kanak lelaki – 9 tahun)
6. Lai Lee Koo (perempuan-dewasa)
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager