Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH RUNTUH: TAPAK PERKHEMAHAN BEROPERASI TANPA LESEN

DALAM NEGARA

TANAH RUNTUH: TAPAK PERKHEMAHAN BEROPERASI TANPA LESEN

Operator yang mengusahakan tapak berkenaan hanya dibenarkan mengendalikan ladang organik sahaja bukan tapak perkhemahan itu.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kawasan tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, yang dilanda tanah runtuh awal pagi tadi, beroperasi secara haram tanpa mendapat permit dari pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, operator yang mengusahakan tapak berkenaan hanya dibenarkan mengendalikan ladang organik sahaja bukan tapak perkhemahan itu.

“Mengikut laporan yang saya terima kawasan perkhemahan ini diusahakan tanpa lesen sah dan pengusaha tidak mendapatkan lesen kebenaran untuk tapak perkhemahan ini.

“Semakan juga mendapati tidak ada lesen diberikan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan ini satu kesalahan di bawah Akta 133,” katanya semasa meninjau lokasi kejadian.

Tambah beliau operator boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 jika sabit bersalah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading