Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TARIF TIMBAL BALAS AS BOLEH JEJAS HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA-CHINA – PM ANWAR

DALAM NEGARA

TARIF TIMBAL BALAS AS BOLEH JEJAS HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA-CHINA – PM ANWAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan tarif import timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas beberapa negara termasuk Malaysia boleh menjejaskan hubungan perdagangan dan pelaburan negara dengan China.

BACHOK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan tarif import timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas beberapa negara termasuk Malaysia boleh menjejaskan hubungan perdagangan dan pelaburan negara dengan China.

Beliau berkata langkah AS mengenakan tarif dan cukai import yang tinggi memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa.

“Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi China malah turut memberi kesan kepada Malaysia walaupun kita dikecualikan daripada pelaksanaan tarif itu untuk sementara waktu.

“Apabila tarif tinggi dikenakan kepada China, ia secara tidak langsung turut menjejaskan hubungan perdagangan dan pelaburan kita dengan negara tersebut,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama Bachok, hari ini.

Menurut beliau, sebagai sebuah negara perdagangan dan pengeksport, Malaysia amat terdedah kepada sebarang ketidaktentuan dalam dasar perdagangan global.

“Kita ini merupakan negara eksport dan dagang. Apabila AS menetapkan tarif tinggi terhadap China, sudah tentu kita juga akan terkesan.

“Mujurlah AS menangguhkan pelaksanaan tarif tersebut terhadap beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia buat sementara waktu. Namun, China tetap dikenakan tarif itu,” katanya.

Presiden AS Donald Trump pada 2 April lepas mengumumkan negara itu akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading