Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BINA MASJID DENGAN NIAT, PENGHAYATAN BETUL, BUKAN UNTUK BERMEGAH – PM ANWAR

DALAM NEGARA

BINA MASJID DENGAN NIAT, PENGHAYATAN BETUL, BUKAN UNTUK BERMEGAH – PM ANWAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembinaan sesebuah masjid perlu berlandaskan niat serta penghayatan Islam yang betul, bukannya bagi tujuan menunjuk kehebatan dan kemegahan.

Gambar FAIL (BERNAMA)

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembinaan sesebuah masjid perlu berlandaskan niat serta penghayatan Islam yang betul, bukannya bagi tujuan menunjuk kehebatan dan kemegahan.

Beliau berkata masjid yang dibangunkan dengan landasan yang baik dan tepat akan menguatkan lagi keimananan serta ketaqwaan umat Islam sekali gus menyatupadukan masyarakat di negara ini.

“Mendirikan masjid tanggungjawab semua…ia menjadi markas kita belajar solat, menunaikan zakat, belajar asas agama. Institusi Islam itu mesti dikaitkan dengan bantuan serta keprihatinan kepada masyarakat.

“Al-Quran ada menyebut, ada masjid diasaskan kerana ketakwaan kepada Allah SWT, nilainya murni, membawa perpaduan dalam masyarakat, memahat keimanan, menjaga masyarakat dan bukan untuk menunjuk kehebatan dan kemegahan.

“…tetapi kalau niatnya (pembinaan masjid) tidak betul, perjalanannya tidak membawa penghayatan Islam serta kefahaman yang baik, maka masjid itu boleh menjadi tempat kerosakan,” katanya pada Majlis Peluncuran Pembinaan Semula Masjid Jamek Cherok Tok Kun Bawah di sini, hari ini.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading