Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BANGUNAN SMK LAHAT TERBAKAR KETIKA MESYUARAT PIBG

DALAM NEGARA

BANGUNAN SMK LAHAT TERBAKAR KETIKA MESYUARAT PIBG

Deretan tujuh bilik darjah di tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lahat, Bandar Baru Lahat terbakar, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Sumber Gambar: Bomba

IPOH: Deretan tujuh bilik darjah di tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lahat, Bandar Baru Lahat terbakar, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Kebakaran dipercayai berlaku ketika mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sedang berlangsung di sekolah berkenaan, namun api berjaya dipadamkan sejam kemudian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kebakaran melibatkan tiga kelas pelajaran, sebuah bilik khas, sebuah studio seni dan dua stor.

Katanya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu namun mengakibatkan kemusnahan bangunan kelas A dianggarkan 30 peratus.

“Sepasukan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih dan Batu Gajah diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran membabitkan blok D dengan anggaran kebakaran 30 peratus,” katanya hari ini.

Terdahulu tular video di media sosial memaparkan beberapa kumpulan pelajar dan guru sekolah tersebut berkumpul di padang sekolah semasa kejadian kebakaran berlaku.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading