OPS MEGA PEMBERSIHAN: LEBIH 4,000 PETUGAS BERSIHKAN KAWASAN KEBAKARAN PAIP GAS
Lebih 4,000 petugas termasuk sukarelawan dan anggota daripada pelbagai agensi digerakkan dalam operasi mega pembersihan di kawasan terjejas akibat insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru, Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR: Lebih 4,000 petugas termasuk sukarelawan dan anggota daripada pelbagai agensi digerakkan dalam operasi mega pembersihan di kawasan terjejas akibat insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights dan Kampung Kuala Sungai Baru, dekat sini hari ini.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata operasi mega selama dua hari yang bermula hari ini, melibatkan 600 sukarelawan dan individu lain termasuk anggota pelbagai agensi kerajaan dan institusi lain.
“Sebahagian besar fokus kita ketika ini ialah di Kampung Kuala Sungai Baru, khususnya bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan awam dan kediaman penduduk yang terkesan. Sebelum ini, pembersihan di Putra Heights telah bermula lebih awal selepas kawasan itu mendapat kebenaran pihak polis untuk dimasuki,” katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini.
Amirudin berkata sebanyak 264 unit kenderaan dan jentera termasuk lori water jetter, lori tangki air, lori Roll-On Roll Off (RORO), jentera pengorek kaut, penyapu jalan, mesin pencincang kayu dan kren pengangkat digunakan dalam operasi yang dilaksanakan secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai pihak.
Beliau berkata setakat ini, 307 kediaman telah dibenarkan untuk diduduki semula dan pihaknya menjangkakan lebih banyak rumah akan dapat diduduki dalam masa terdekat selepas proses pembersihan selesai.
“Minggu depan kita akan mula fokus kepada proses sewaan dan baik pulih kediaman yang terjejas, dengan komitmen yang telah diterima daripada kerajaan Persekutuan,” katanya.
Mengulas dakwaan berkenaan tumpuan pembersihan yang lebih banyak di kawasan Putera Harmoni berbanding Kampung Melayu, beliau menjelaskan pembersihan hanya dapat dimulakan di Kampung Kuala Sungai Baru selepas kebenaran diberikan pihak polis beberapa hari lepas.
“Struktur kediaman di kawasan itu juga tidak tersusun seperti di kawasan perumahan berstatus taman yang dibangunkan mengikut piawaian, jadi ia memerlukan usaha tambahan dan masa yang lebih panjang untuk dilaksanakan,” katanya.
Dalam masa sama, beliau menzahirkan penghargaan atas semangat kerjasama tinggi yang ditunjukkan sukarelawan, khususnya anak muda dari Selangor yang sanggup menyumbang tenaga meskipun semasa musim perayaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat dalam taklimat keselamatan kepada sukarelawan mengingatkan semua pihak agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, bagi menjamin keselamatan sepanjang operasi berlangsung.
Beliau memaklumkan seramai 100 pegawai dan anggota polis ditempatkan di kawasan sekitar bagi mengawal perimeter kejadian yang telah diisytihar sebagai zon bencana.
“Tiada sebarang laporan kehilangan harta benda setakat ini dan kami mahu mengekalkan rekod ini. Semua sukarelawan dilarang sama sekali memasuki kawasan Ground Zeroatau rumah yang telah diisytihar tidak selamat tanpa kebenaran,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked