Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA LELAKI DITAHAN KERANA MENCEDERAKAN INDIVIDU DI STESEN MINYAK

DALAM NEGARA

DUA LELAKI DITAHAN KERANA MENCEDERAKAN INDIVIDU DI STESEN MINYAK

Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes mencederakan seorang individu di sebuah stesen minyak di Jalan Mengkibol, Kluang, petang semalam.

KLUANG: Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes mencederakan seorang individu di sebuah stesen minyak di Jalan Mengkibol, Kluang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata tangkapan terhadap dua lelaki berusia 29 dan 45 tahun itu dilakukan di Jalan Sekolah, Kluang pada kira-kira pukul 4.00 petang semalam, susulan penularan video kejadian berkenaan di media sosial.

“Siasatan awal mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah, manakala suspek kedua tidak mempunyai sebarang rekod jenayah,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek yang merupakan rakan sekerja itu negatif dadah, dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading