Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI GAZA LENGAN KIRI DIPOTONG ANGKARA ZIONIS SYAHID

DUNIA

BAYI GAZA LENGAN KIRI DIPOTONG ANGKARA ZIONIS SYAHID

Seorang bayi perempuan yang cedera parah dalam serangan rejim Zionis sehingga lengan kirinya terpaksa dipotong, dilaporkan meninggal dunia semalam.

GAZA: Seorang bayi perempuan yang cedera parah dalam serangan rejim Zionis sehingga lengan kirinya terpaksa dipotong, dilaporkan meninggal dunia semalam.

Berita duka itu disahkan oleh wartawan Gaza, Nahed Hajjaj, yang merakam video bayi tersebut selepas selesai menjalani prosedur amputasi di sebuah hospital di Gaza.

Menurut Quds News Network, bayi perempuan, Sham Imad Muhareb, yang berusia seminggu, meninggal dunia selang beberapa minit selepas menjalani prosedur tersebut.

Difahamkan Sham menjadi mangsa Zionis selepas tentera negara haram itu menyasarkan rumah datuknya di Al-Shujaiya, timur Gaza.

Setakat hari ini, sejumlah 1,542 syahid dalam serangan Zionis sejak negara haram itu melanggar gencatan senjata pada 18 Mac lalu.

Ia menjadikan sekurang-kurangnya 50,912 rakyat Palestin disahkan syahid dan 115,981 cedera dalam perang Israel ke atas Gaza, kata Kementerian Kesihatan Gaza. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading