Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOMBA BANTU IBU, ANAK TERSEPIT JARI PADA RANTAI BASIKAL

DALAM NEGARA

BOMBA BANTU IBU, ANAK TERSEPIT JARI PADA RANTAI BASIKAL

Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memberikan bantuan bagi melepaskan jari seorang wanita bersama anaknya yang berumur enam tahun, yang tersepit pada rantai basikal di Taman Merlimau Permai di Jasin, hari ini.

JASIN: Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memberikan bantuan bagi melepaskan jari seorang wanita bersama anaknya yang berumur enam tahun, yang tersepit pada rantai basikal di Taman Merlimau Permai di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Pegawai Bomba Kanan II Mohd Sufian Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada kira-kira 9.39 pagi tadi.

“Jari telunjuk kedua-dua mereka berjaya dikeluarkan dalam tempoh kira-kira lima minit dan wanita berumur 32 tahun bersama anaknya itu kemudian dihantar ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan keterujaan kanak-kanak tersebut melihat basikal baharu yang dibelikan ayahnya.

“Ibunya cuba untuk membantu anaknya melepaskan jari tersebut daripada rantai basikal, namun jarinya pula yang tersepit,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading