Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JEREBU MEREBAK KE NEGARA JIRAN, INDONESIA TINGKATKAN USAHA TANGANI KEBAKARAN

DUNIA

JEREBU MEREBAK KE NEGARA JIRAN, INDONESIA TINGKATKAN USAHA TANGANI KEBAKARAN

Indonesia mempergiat kerjasama dengan negara jiran dan ASEAN bagi menangani jerebu rentas sempadan ketika asap akibat kebakaran di negara itu menjejaskan Malaysia, Singapura, Brunei dan Filipina.

JAKARTA: Indonesia terus menyelaras tindakan bersama negara jiran dan memanfaatkan mekanisme ASEAN bagi menangani jerebu rentas sempadan ketika asap akibat kebakaran di negara itu merebak ke beberapa bahagian Asia Tenggara.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Vahd Nabyl berkata, kerjasama dengan negara jiran terus diberi perhatian khususnya dalam menangani isu alam sekitar seperti jerebu yang kesannya melangkaui sempadan negara.

“Bersama negara-negara di rantau ini, Indonesia turut meningkatkan kewaspadaan terhadap cuaca kering yang dikaitkan dengan keadaan iklim semasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jerebu akibat kebakaran di Indonesia dilaporkan menjejaskan beberapa negara jiran termasuk Malaysia, Singapura, Brunei dan Filipina.

Di Malaysia, darurat diisytiharkan di seluruh Bahagian Serian, Sarawak pada Jumaat selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500, manakala beberapa kawasan lain di negeri itu turut merekodkan kualiti udara pada tahap berbahaya atau sangat tidak sihat.

Dalam usaha menangani situasi itu, Indonesia turut menggunakan kerangka ASEAN menerusi mekanisme di bawah Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP), selain mesyuarat berkala bagi membincangkan isu berkenaan serta menyelaras tindakan susulan.

Menurut Vahd, Sekretariat ASEAN yang bertindak sebagai Pusat Koordinasi ASEAN Sementara bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (ACC THPC) mengekalkan Amaran Tahap 3 bagi rantau ini sejak 26 Ogos.

Amaran itu memerlukan negara anggota ASEAN mengemukakan Laporan Situasi harian termasuk peta trajektori jerebu untuk diedarkan kepada pihak yang menjadi tumpuan utama nasional.

Indonesia telah memenuhi semua kewajipan pelaporan harian dan tindakan mandatori di bawah Amaran Tahap 3 selaras dengan prosedur Pemantauan, Penilaian dan Tindak Balas Kecemasan Bersama ASEAN.

Ia termasuk menyediakan data mengenai titik panas, keadaan alam sekitar, petunjuk pergerakan jerebu serta usaha mengawal kebakaran hutan dan tanah.

“Indonesia juga terus menggesa supaya Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan beroperasi sepenuhnya,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading