Connect with us

ALHIJRAH NEWS

IBU DAN DUA ANAK MAUT DALAM KEBAKARAN

DALAM NEGARA

IBU DAN DUA ANAK MAUT DALAM KEBAKARAN

Tiga mangsa iaitu seorang ibu dan dua anak lelaki ditemukan terperangkap di dalam rumah sebelum disahkan meninggal dunia.

KLUANG: Tiga beranak maut dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa, malam tadi.

Ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai Noraini Ibrahim, 49 tahun, serta dua anaknya, Khairul Nurhaziqq Khairulnizam dan Khairul Nurhadiff Khairulnizam masing-masing berusia 18 dan 11 tahun.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.44 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 16 kaki x 70 kaki, dengan kira-kira 50% struktur rumah terbakar.

“Terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam rumah dan semua mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” katanya.

Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang kemudian digerakkan dan tiba di lokasi kira-kira lima minit selepas panggilan diterima.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat berukuran 16 kaki x 70 kaki, dengan kira-kira 50 peratus daripada struktur rumah terbakar.

Tiga mangsa ditemukan terperangkap di dalam rumah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

Pasukan bomba menggunakan dua aliran dengan dua pancutan bagi menjalankan operasi pemadaman sebelum kebakaran berjaya dikawal pada 12.32 tengah malam.

Operasi turut dibantu dua jentera Sistem Tindakan Cepat (SITRAK) dan sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading