Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TARIKH PERSIDANGAN PARLIMEN DIMUKTAMADKAN MINGGU DEPAN

DALAM NEGARA

TARIKH PERSIDANGAN PARLIMEN DIMUKTAMADKAN MINGGU DEPAN

KUALA LUMPUR: Tarikh persidangan Parlimen akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai depan.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, hari ini.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.

“Sehubungan dengan itu Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021,” katanya.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos 2021.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang menghadap Al-Sultan Abdullah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading