Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAUFAN HAGIBIS MELANDA JEPUN

DUNIA

TAUFAN HAGIBIS MELANDA JEPUN

SUMBER FOTO THE JAPAN TIMES

JEPUN : Sekurang-kurangnya dua mangsa terkorban, manakala 11 lagi cedera parah susulan kejadian Taufan Hagibis melanda Jepun semalam.

Memetik laporan agensi berita Kyodo, taufan kali ini berpotensi untuk membawa hujan yang begitu lebat dalam tempoh enam dekad ini dengan limpahan air sungai yang merentasi sempadan negara itu.

Lebih kurang enam juta penduduk di Pulau Honshu telah dinasihatkan untuk berpindah, stesen keretapi dan lapangan terbang juga diarahkan untuk menghentikan perkhidmatan buat sementara waktu.

Agensi Cuaca Jepun mengeluarkan amaran kecemasan yang tidak pernah berlaku dengan mengatakan ‘hujan lebat yang sangat hebat di mana cuma berlaku sekali sahaja dalam beberapa dekad’ kepada Tokyo dan kawasan sekitarnya.

Fenomena langit ungu yang melanda Jepun sebelum Taufan berlaku – SUMBER FOTO TWITTER

Agensi itu juga mengeluarkan amaran tertinggi pada skala satu sehingga lima untuk Tokyo, wilayah Gunma, Saitama, Kanagawa, Yamanashi, Nagano Shizouka, Niigata dan Fukushima.

Lewat petang Sabtu, ribut tersebut dikatakan bergerak selaju 180 kilometer (112) per jam. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading