Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OPERASI ANTI-KEGANASAN NEUTRALKAN 480 PENGGANAS

DUNIA

OPERASI ANTI-KEGANASAN NEUTRALKAN 480 PENGGANAS

ANKARA : 480 pengganas militan PKK/YPG berjaya dineutralkan sejak permulaan operasi anti-keganasan di utara Syria, demikian menurut Kementerian Pertahanan Turki hari ini.

Pihak berkuasa Turki menggunakan perkataan ‘dineutralkan’ untuk membayangkan bahawa pengganas tersebut sama ada menyerah kalah, terbunuh atau ditawan.

Turki melancarkan Operasi Peace Spring pada Rabu lalu untuk menghapuskan pengganas daripada utara Syria sebagai langkah untuk memastikan keselamatan di sempadan Turki, keselamatan pelarian Syria yang pulang dan untuk memastikan integriti wilayah Syria terjamin.

Ankara mahu membersihkan wilayah timur laut Syria di timur Sungai Euphrates dari militan PKK) dan YPG.

PKK disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) dan ia bertanggungjawab terhadap kematian 40,000 nyawa, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas sepanjang tempoh 30 tahun keganasan ke atas Turki. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading