KUALA LUMPUR – Lima lagi individu termasuk seorang guru ditahan kerana disyaki terlibat dalam mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan menyalurkan dana membabitkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan berkaitan LTTE sejak Khamis lepas ialah 12 orang.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kelima-lima suspek berusia 26 hingga 52 tahun itu ditahan dalam operasi bermula 10 pagi semalam di Selangor, Melaka dan Pulau Pinang.
Mengulas tangkapan pertama di Teluk Panglima Garang, Selangor beliau berkata, polis menahan seorang guru sebuah sekolah di Banting kerana memiliki bahan-bahan serta menyokong kumpulan pengganas LTTE.
“Operasi di Durian Tunggal, Melaka pula polis menahan seorang pegawai eksekutif sebuah perbadanan dan ahli majlis perbandaran kerana bertindak sebagai penganjur majlis sambutan hari perwira LTTE tahun lepas,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata, dua lagi lelaki yang bekerja sebagai pekerja kilang dan penyelia keselamatan ditahan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
“Kedua-dua suspek ini juga memiliki bahan-bahan pengganas LTTE. Siasatan mendapati lima individu yang baru ditahan ini sering berinteraksi dengan tujuh suspek yang ditahan sebelum ini,” katanya.
Ayob Khan berkata, kesemua mereka ditahan selama 28 hari untuk siasatan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bermula hari ini.
“Bagi tujuh suspek yang ditahan sebelum ini mereka dibenarkan berjumpa peguam esok,” katanya mengulas dakwaan kesemua suspek yang ditahan sebelum ini dinafikan hak mereka.
Khamis lepas, tujuh individu termasuk dua ahli Dewan Undangan Negeri ditahan mengikut SOSMA selepas disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE.
Kumpulan LTTE disenarai sebagai kumpulan pengganas di Malaysia sejak 2014.
LTTE yang diketuai V Prabhakaran mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam di utara negara pulau itu apabila golongan majoriti Sinhala dikatakan menindas masyarakat Tamil iaitu kumpulan minoriti. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked