TENTERA ISRAEL TEMBAK MATI SEORANG REMAJA PALESTIN DI TEBING BARAT


GAMBAR ARKIB – AFP

RAMALLAH: Seorang remaja Palestin maut ditembak manakala puluhan yang lain cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan tentera Israel di Tebing Barat pada Jumaat menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Agensi Berita Xinhua melaporkan, remaja lelaki itu maut selepas ditembak di dada oleh tentera Zionis di Kampung Beita, di Nablus.

Saksi kejadian memaklumkan, pertempuran berlaku di beberapa kawasan di Tebing Barat hingga mengakibatkan puluhan cedera akibat gas pemedih mata dan ditembak dengan peluru getah.

Sejak enam minggu lalu, 30 rakyat Palestin terbunuh manakala ratusan cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di beberapa bandar dan kampung di Tebing Barat. — AlHijrah Online

Leave a Reply