Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MVM BANTU BINA RUMAH ASNAF DI PAHANG DAN KELANTAN

DALAM NEGARA

MVM BANTU BINA RUMAH ASNAF DI PAHANG DAN KELANTAN

KUALA LUMPUR: Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dibawah projek Di Sebalik Pintu (DSP) telah membina dua buah rumah asnaf di Kuala Tahan,Pahang dan Tanah Merah, Kelantan.

Ketua Pegawai Eksekutif MVM, Mohd Fauzan Abd Sukor berkata projek DSP ini merupakan sebuah projek bantuan pembinaan dan penambahbaikkan kediaman khusus untuk golongan B40.

“Serahan kunci telah dibuat pada 12 April di Kuala Tahan, Pahang dan 28 April di Tanah Merah, Kelantan.

“Penerima bantuan di Kelantan merupakan ibu tunggal yang membesarkan tiga orang anak. Rumah mereka digambarkan seperti kotak. Ruang yang kecil dan sempit, disitulah tempat tidur dan ruang dapur. Kondisi rumah dalam keadaan yang sangat daif dek kerana kesempitan hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Fauzan, antara objektif utama bantuan DSP adalah untuk memberikan bantuan yang berbentuk lestari untuk jangka masa panjang, membaik pulih bahagian atau ruang rumah yang usang dan membina kehidupan baru yang lebih selesa, sihat dan bahagia buat keluarga penerima bantuan.

“MVM percaya kebahagiaan dan perubahan hidup seseorang bermula dari rumah. Apabila rumah bersih, cantik dan selesa, mereka akan lebih semangat untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Menurut beliau MVM membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama membantu dalam projek ini demi memberikan sedikit keselesaan di rumah mereka yang kurang bernasib baik.

MVM mensasarkan untuk membantu bina dan baiki lima buah rumah asnaf pada tahun ini. Dana sasaran untuk projek ini adalah RM150,000.

“Individu atau organisasi yang berminat untuk bersama membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 5648 0164 7699 (Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia) atau melayari laman sesawang donation.mvm.org.my untuk maklumat lebih lanjut,” — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading