TENTERA SYRIA TAWAN BANDAR STRATEGIK DI ALEPPO

Last Updated on

SUMBER FOTO: REUTERS

DAMSYIK: Tentera kerajaan Syria menawan sebuah bandar strategik di selatan wilayah Aleppo di utara Syria semalam.

Xinhuanet melaporkan, tentera rejim menawan bandar al-Eis, antara kawasan penting dalam usaha tentera menguasai Lebuhraya Damsyik-Aleppo, demikian menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Kerajaan Syria disokong sekutunya Rusia meningkatkan operasi ketenteraan di wilayah Idlib dan pinggir selatan Aleppo untuk menguasai lebuh raya strategik yang dikuasai penentang rejim Bashar. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply