Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TERENGGANU AKAN FATWAKAN GISBH SESAT

DALAM NEGARA

TERENGGANU AKAN FATWAKAN GISBH SESAT

Mufti Terengganu Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu akan mengeluarkan fatwa itu berdasarkan bukti-bukti jelas yang menunjukkan organisasi itu mengandungi unsur ajaran sesat.

KUALA TERENGGANU: Terengganu menjadi negeri kedua untuk memutuskan bahawa kepercayaan dan ajaran dalam Global Ikhwan Service and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah sesat.

ARTIKEL BERKAITAN – GISBH DIWARTAKAN SESAT – MUFTI PERLIS

Mufti Terengganu Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu akan mengeluarkan fatwa itu berdasarkan bukti-bukti jelas yang menunjukkan organisasi itu mengandungi unsur ajaran sesat.

“Kita akan fatwakan GISBH sebagai sesat juga berdasarkan bukti-bukti yang jelas, namun biasanya pihak Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan putuskan lebih dahulu sebelum dibawa ke negeri masing-masing.

“Apabila sudah ada bukti-bukti yang kukuh yang dibentangkan oleh pihak-pihak yang tertentu yang berautoriti berkaitan GISBH, maka sudah tentu akan juga difatwakan sesat tanpa perlu was-was lagi,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Mohammad Sabri mengulas, gerakan GISBH tidak begitu ketara di Terengganu ketika ini namun pihaknya memandang serius berhubung ajaran sesat tersebut khususnya batiniah.

“Apabila ada aduan serius di peringkat kebangsaan, maka biasanya ia akan dibincangkan di peringkat MKI terlebih dahulu sebelum diputuskan oleh setiap negeri,” katanya.

Terdahulu, Mesyuarat Khas Jawatankausa Fatwa Negeri Perlis yang berlangsung hari ini memutuskan bahawa kepercayaan dan ajaran dalam Global Ikhwan Service and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: GISBH DIWARTAKAN SESAT – MUFTI PERLIS – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading