Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TERIMA KASIH PEMBACA ALHIJRAH ONLINE!

DALAM NEGARA

TERIMA KASIH PEMBACA ALHIJRAH ONLINE!

KUALA LUMPUR: Menyedari kaedah bacaan berita di dalam talian semakin digemari ramai, TV Alhijrah mula memberi tumpuan kepada penyebaran maklumat melalui alhijrahnews.com (AlHijrah Online) sejak kira-kira 15 bulan yang lalu.

Dengan sokongan kuat para pembaca, portal AlHijrah Online telah menunjukkan perkembangan yang membanggakan apabila telah mencecah 3 juta pembaca semalam.

Jumlah itu bagi sebuah portal berita ‘junior’ di Malaysia, sudah cukup untuk menyuntik semangat kakitangan AlHijrah Online agar terus menyediakan kandungan berita dan maklumat bermanfaat kepada pembaca.

Berdasarkan data WordPress, pembaca AlHijrah Online paling ramai adalah dari Malaysia, diikuti Singapura, Amerika Syarikat, Indonesia, Brunei dan Arab Saudi.

Portal AlHijrah Online bukan sahaja memaparkan kandungan berita dalam negara, tetapi turut melaporkan berita-berita antarabangsa selain turut memberi tumpuan kepada penulisan kolumnis dan rencana.

Selain itu portal berkenaan juga mempunyai kategori video pilihan bagi pembaca melihat berita-berita menarik yang dilaporkan menerusi Berita Alhijrah yang disiarkan di saluran TV AlHijrah.

Dalam pada itu, para pembaca AlHijrah Online disaran untuk mengikuti akaun laman sosial portal tersebut bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung berita yang dilaporkan.

Akaun Facebook, Twitter dan Instagram rasmi AlHijrah Online menggunakan nama Berita Alhijrah. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading