Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH RM8 JUTA KEPADA MAINPP

DALAM NEGARA

TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH RM8 JUTA KEPADA MAINPP

GEORGE TOWN: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 dan 2021 bernilai RM8,040,457.49 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Sri Mutiara di sini hari ini.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak (tengah) menyaksikan Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi Tabung Haji Mohamed Ameen Abdul Wahab (kiri) menyerahkan replika cek zakat perniagaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (kanan).

GEORGE TOWN: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 dan 2021 bernilai RM8,040,457.49 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Sri Mutiara di sini hari ini.

Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamed Ameen Abdul Wahab menyampaikan zakat itu kepada Yang Dipertua MAINPP Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, dengan disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Mohamed Ameen berkata bayaran zakat TH untuk Pulau Pinang bagi tahun 2021 ialah sebanyak RM4.05 juta iaitu meningkat 1.3 peratus berbanding RM3.99 juta pada 2020.

“Jumlah zakat TH yang diserahkan hari ini ialah untuk dua tahun iaitu 2020 dan 2021 kerana penyampaian bagi 2020 tidak dapat dilaksanakan berikutan pandemik COVID-19.

“Jumlah keseluruhan bayaran zakat TH sebanyak RM101.19 juta untuk tahun 2020 turut mencatatkan peningkatan sebanyak 1.41 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Turut hadir Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor.

Mohamed Ameen berkata bayaran zakat ini merupakan tanggungjawab TH sebagai sebuah organinasi Islam yang prihatin dan pihaknya berharap ia akan dapat membantu serta memperbaiki kualiti kehidupan golongan asnaf di Pulau Pinang. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading