TIADA AKSES RAWATAN, PESAKIT KANSER DI GAZA RAYU BANTUAN SEGERA
Masalah mendapatkan rawatan dan kekurangan ubat-ubatan terus membelenggu penduduk Palestin terutama di Gaza, semenjak konflik Hamas-Israel tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
RAFAH: Masalah mendapatkan rawatan dan kekurangan ubat-ubatan terus membelenggu penduduk Palestin terutama di Gaza, semenjak konflik Hamas-Israel tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
Seorang pelarian Palestin, Hani Khalil Naeem, 52, yang juga pesakit kanser berkata sebelum ini beliau menerima rawatan di beberapa hospital antaranya Hospital Al-Mutala’ di Baitulmaqdis dan Hospital Istishari di Ramallah, namun kini nyawanya terancam akibat pemberhentian rawatan itu.
“Sepatutnya saya menjalani rawatan pada 20 Nov lalu, tetapi tentera Israel telah menghalang pergerakan antara Semenanjung Gaza dan Tebing Barat ke atas penduduk Palestin menyebabkan saya terputus akses kepada rawatan rutin.
“Akibat tiada ubatan dan akses rawatan di Gaza, saya dan puluhan ribu lagi rakyat Palestin yang sedia sakit terpaksa terus menderita, ditambah pula sekatan perjalanan yang dikenakan tentera Israel ke atas penduduk Palestin sejak 7 Okt tahun lalu,” katanya kepada Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Beliau yang kini berlindung di sebuah sekolah di Rafah juga menjelaskan persekitaran pusat perlindungan yang sesak dan kotor turut menyebabkan keadaan kesihatannya semakin merosot.
“Nyawa kami terancam. Bukan sahaja oleh Zionist Israel tapi kelewatan mendapat rawatan atau lebih parah tiada akses langsung kepada rawatan dan ubatan. Keadaan persekitaran yang tidak bersih di pusat perlindungan ini juga menyumbang ke arah itu.
“Imuniti saya semakin lemah. Tidak tahu sampai bila saya boleh bertahan. Sebarang masalah kesihatan akan menjadi ancaman kepada hidup saya,” katanya.
Pada masa sama, beliau memberitahu telah pun membuat permohonan untuk mendapatkan rawatan di luar negara sama ada di Turki, Mesir atau mana-mana negara lain, tetapi semua itu tetap memerlukan kelulusan dari pihak tentera Israel.
Bagi Ramez yang kehilangan abangnya yang juga pesakit kanser, mereka tidak dapat berbuat apa-apa apabila semua akses keluar masuk ditentukan Israel sejak sebelum bermulanya konflik lagi.
Lebih memburukkan keadaan apabila selepas konflik, pihak tentera Isreal seolah sengaja menangguh dan melambatkan proses kelulusan kebenaran melintas.
“Abang saya meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan lanjut,” katanya.
Abangnya Taha Oqasha,58, bapa kepada empat cahaya mata, hanya sempat mengambil tiga dos suntikan untuk penyakitnya di Hospital Turki di zon tengah Semenanjung Gaza sebelum melarikan diri bersama keluarga ke Rafah pada awal konflik itu berlaku.
Menurut sumber dari Agensi Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), terdapat kira-kira 64,000 orang yang cedera dalam peperangan memerlukan rawatan sama ada di wilayah utara Palestin atau di luar negara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests