Connect with us

ALHIJRAH NEWS

IRAN: 4 PENGINTIP MOSSAD JALANI HUKUMAN MATI

DUNIA

IRAN: 4 PENGINTIP MOSSAD JALANI HUKUMAN MATI

Keempat-empat tertuduh itu ditahan pada Julai 2022, beberapa hari sebelum cubaan untuk mensabotaj sebuah kilang milik Kementerian Pertahanan Iran, lapor Agensi Berita Iran IRNA pada Isnin.

MOSCOW: Seramai empat individu yang dipercayai bekerja untuk agensi perisik Israel Mossad menjalani hukuman mati di Iran kerana pengintipan dan keganasan, lapor Sputnik.

Keempat-empat tertuduh itu ditahan pada Julai 2022, beberapa hari sebelum cubaan untuk mensabotaj sebuah kilang milik Kementerian Pertahanan Iran, lapor Agensi Berita Iran IRNA pada Isnin.

Menurut laporan itu, mereka disabitkan bersalah menjadi pengintip untuk Israel serta membentuk serta mengetuai kumpulan pengganas untuk menjejaskan keselamatan Iran pada Sept 2023 dan telah dijatuhi  hukuman mati.

Keputusan itu dikekalkan oleh mahkamah rayuan.

Iran tidak mengiktiraf Israel dan menuduh rejim itu terlibat dalam serangan sabotaj.

Pada Dis 2023, Iran turut mengenakan hukuman mati kepada lima individu kerana mempunyai kaitan dengan Mossad, lapor media tempatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading