ORANG RAMAI BOLEH SERTAI LAMBAIAN KASIH AGONG ESOK
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata orang ramai boleh menyertai acara itu yang diadakan di sepanjang laluan Jalan Parlimen sehingga arah Bulatan Dato Onn.
KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyertai lambaian kasih bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata orang ramai boleh menyertai acara itu yang diadakan di sepanjang laluan Jalan Parlimen sehingga arah Bulatan Dato Onn.
Beliau berkata orang ramai boleh meletakkan kenderaan di sekitar Taman Botani, parkir bertingkat di Bukit Aman, Padang Merbok dan tempat letak kenderaan di Dataran Merdeka.
“Laluan Jalan Parlimen ke Bulatan Dato Onn akan ditutup sepenuhnya seawal 6 pagi untuk pergerakan masuk pasukan pelambai sebanyak 3,650 orang yang terdiri daripada petugas pelbagai kementerian.
“Orang awam yang ingin bersama-sama ke acara berkenaan perlu mematuhi arahan kawalan lalu lintas oleh pihak polis dan tidak menghalang laluan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Allaudeen berkata tujuh laluan di sekitar ibu negara akan terlibat dengan penutupan penuh, manakala 13 laluan akan ditutup secara berperingkat esok.
Sementara itu, Allaudeen berkata lima laluan di sekitar ibu negara akan ditutup sementara pada Rabu ini bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17, yang akan diadakan di Istana Negara.
Beliau berkata laluan berkenaan membabitkan Jalan Sultan Abdul Halim, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Jalan Damansara dan Jalan Travers.
“Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang juga akan melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jalan Sultan Abdul Halim. Laluan ini akan ditutup sementara dan dibuka semula secara berperingkat bermula 9.30 pagi,” katanya.
Allaudeen berkata sebanyak 1,463 pegawai dan anggota ditugaskan sepanjang istiadat berkenaan bagi memastikan aspek keselamatan dan lalu lintas terkawal.
Beliau berkata pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak melalui jalan-jalan yang terbabit dengan penutupan penuh bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengikuti arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menggantikan Al-Sultan Abdullah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan esok.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked