Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TIADA BANDUAN LARI DARI PENJARA SUNGAI UDANG

DALAM NEGARA

TIADA BANDUAN LARI DARI PENJARA SUNGAI UDANG

Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan tular kononnya berlaku insiden banduan melarikan diri dari Penjara Sungai Udang, Melaka.

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan tular kononnya berlaku insiden banduan melarikan diri dari Penjara Sungai Udang, Melaka.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu menegaskan tiada sebarang kejadian seperti yang didakwa berlaku di penjara berkenaan.

“Maklumat yang disebarkan adalah tidak benar, mengelirukan dan berpotensi mencetuskan kegusaran serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kesahihannya,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Penjara turut mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat berkaitan jabatan itu hanya melalui saluran rasmi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Menurut kenyataan itu, jabatan berkenaan memandang serius penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi penjara serta keselamatan awam.

“Tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan berita palsu atau tidak sahih selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading