TIADA KEPERLUAN BUBAR KEMENTERIAN EKONOMI – PM ANWAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada keperluan untuk membubarkan Kementerian Ekonomi buat masa ini dan sebarang pelantikan menteri baharu hanya akan diputuskan pada waktu yang bersesuaian.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada keperluan untuk membubarkan Kementerian Ekonomi buat masa ini dan sebarang pelantikan menteri baharu hanya akan diputuskan pada waktu yang bersesuaian.
Beliau berkata Kementerian Ekonomi yang dahulunya merupakan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri, telah dijadikan kementerian penuh semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang pertama.
“Tidak timbul isu perubahan (struktur kementerian). Yang menentukan (struktur) adalah Jemaah Menteri dan saya, jadi setakat ini saya fikir tidak ada keperluan untuk merombak apa-apa,” katanya kepada media selepas merasmikan Energy Asia 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Berhubung Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijadual dibentangkan pada Persidangan Parlimen Julai ini, Anwar berkata ia merupakan tanggungjawab bersama Jemaah Menteri dengan kerjasama Kementerian Ekonomi yang bertindak sebagai sekretariat utama.
Beliau berkata pelbagai perubahan dan penyesuaian sedang dilaksanakan ketika ini memandangkan landskap ekonomi semasa berubah, termasuk perubahan tarif yang memberi kesan kepada unjuran angka-angka utama negara.
“Minggu lepas kita juga telah mengadakan mesyuarat untuk mendengar input daripada kementerian-kementerian berkaitan penyesuaian dasar-dasar baharu yang diperkenalkan,” katanya.
Pada 28 Mei lepas Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatan, dan terus mengambil cuti, yang tamat hari ini.
Ditanya mengenai status peletakan jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad, Anwar berkata perkara itu masih belum dimuktamadkan kerana beliau (Anwar) ingin memberi ruang dan masa sebelum membuat keputusan.
“Saya selalu tunggu, bagi peluang. Fikir, renung dan saya bagi pandangan saya. Kalau boleh, (biar beliau) teruskan khidmat dan (beliau) ada masa lagi (sebelum peletakan jawatan berkuat kuasa),” katanya.
Sebelum ini Nik Nazmi turut mengumumkan peletakan jawatan pada 28 Julai, mengambil cuti sehingga 3 Julai.
Sementara itu ditanya mengenai cadangan pelarasan harga petrol RON95, Anwar berkata ia tidak akan menjejaskan majoriti rakyat Malaysia, khususnya 85 hingga 90 peratus penduduk.
Beliau berkata dakwaan pembangkang yang membayangkan rakyat menderita akibat dasar rasionalisasi subsidi, tidak lebih daripada gimik politik terdesak yang bertujuan mencipta naratif negatif.
Anwar berkata langkah kerajaan ke arah rasionalisasi subsidi adalah langkah kritikal untuk memastikan sumber negara yang mencukupi disalurkan secara berkesan untuk memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.
“Kita perlu ada sumber yang mencukupi untuk membantu golongan miskin, meningkatkan kualiti pendidikan dan menyediakan perkhidmatan awam yang lebih baik termasuk dalam penjagaan kesihatan,” katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan komited untuk melaksanakan dasar itu walaupun mendapat kritikan, kerana ia merupakan sebahagian daripada pembaharuan ekonomi lebih luas yang bertujuan untuk kemampanan fiskal jangka panjang. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests