Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRUMP RAMAL ISRAEL DAN IRAN AKAN CAPAI PERDAMAIAN “DALAM MASA TERDEKAT”

DUNIA

TRUMP RAMAL ISRAEL DAN IRAN AKAN CAPAI PERDAMAIAN “DALAM MASA TERDEKAT”

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad meramalkan bahawa Israel dan Iran akan mencapai perdamaian “dalam masa terdekat” dan banyak pertemuan sedang diadakan ke arah itu.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad meramalkan bahawa Israel dan Iran akan mencapai perdamaian “dalam masa terdekat” dan banyak pertemuan sedang diadakan ke arah itu, lapor Anadolu Ajansi.

“Iran dan Israel sepatutnya membuat perjanjian, dan mereka akan buat perjanjian,” kata Trump di platform Truth Social.

Kenyataan itu dibuat ketika Israel dan Iran saling melancarkan serangan baharu pada Ahad.

Konflik tercetus pada awal Jumaat apabila Israel menyerang kemudahan ketenteraan dan nuklear Iran, mengorbankan ramai pegawai kanan dan saintisnya.

“Kita akan capai PERDAMAIAN, tidak lama lagi, antara Israel dan Iran! Banyak panggilan dan pertemuan sedang berlangsung sekarang,” katanya.

Trump turut mendakwa bahawa beliau “tidak pernah diberi penghargaan atas apa-apa,” namun menambah, “tak mengapa, RAKYAT faham. JADIKAN TIMUR TENGAH HEBAT SEMULA!”—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading