Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA LAGI HAD, JUMLAH PENUMPANG KINI IKUT KAPASITI KENDERAAN

DALAM NEGARA

TIADA LAGI HAD, JUMLAH PENUMPANG KINI IKUT KAPASITI KENDERAAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan jumlah penumpang kenderaan mengikut tempat duduk kenderaan bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran tersebut susulan isu yang berbangkit terutamanya ibubapa yang terpaksa meninggalkan anak kecil di rumah.

“Mesyuarat teknikal bersetuju untuk membenarkan jumlah penumpang mengikut kapasiti kenderaan dikuatkuasa di kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

“Kalau ada empat tempat duduk satu kereta, maka empat orang dibenarkan. Kalau ada enam tempat duduk, enamlah dibenarkan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan hanya dua orang sahaja dibenarkan dalam satu kenderaan bagi negeri-negeri yang dilaksanakan PKP.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading