Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGASAS SUGARBOOK DIREMAN TUJUH HARI

DALAM NEGARA

PENGASAS SUGARBOOK DIREMAN TUJUH HARI

SHAH ALAM: Pengasas aplikasi ‘Sugarbook’ direman selama tujuh hari bermula semalam selepas Mahkamah Tinggi membenarkan semakan permohonan yang dikemukakan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Muhamad Iskandar Ahmad.

Lapor BERNAMA, Hakim Datuk Noorin Badaruddin mengeluarkan perintah tersebut selepas usahawan berusia 34 tahun itu tidak membantah dan setuju untuk direman bagi membantu siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam permohonan reman terhadap suspek berkenaan ditolak oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat selepas suspek itu memberi aku janji untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Suspek yang diwakili peguam T. Shashi Devan dalam hujahnya berkata anak guamnya tidak membantah semakan permohonan berkenaan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.

“Anak guam kami juga berpendapat ia merupakan platform yang baik untuk dia menyalurkan maklumat yang diperlukan agar siasatan dapat dijalankan dengan cepat dan lengkap,” katanya.

Tambah Shashi Devan, beliau memohon agar mahkamah memberi pertimbangan agar pihak polis tidak menggari tangan anak guamnya ke belakang berikutan anak guamnya pernah mengalami kecederaan di bahagian bahu.

Permohonan berkenaan kemudian mendapat perhatian Noorin yang kemudian memohon agar pihak polis memberi perhatian terhadap permintaan tersebut.

Semalam, suspek tersebut ditahan semula bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol dan persundalan berikutan satu laporan polis daripada seorang pelajar institu pengajian tinggi pada 2019.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading