Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AKTIVITI ‘DINE-IN’ DIBENARKAN MENGIKUT KELUASAN MEJA

DALAM NEGARA

AKTIVITI ‘DINE-IN’ DIBENARKAN MENGIKUT KELUASAN MEJA

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan aktiviti ‘dine-in’ di semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula esok, 19 Februari.

Menteri Kanan (Keselamatan ) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran tersebut tertakluk mengikut keluasan meja serta penjarakan fizikal satu meter.

“Mesyuarat bersetuju ketetapan tersebut bermula esok, dengan mengikut prosedur standard operasi dengan mengikut keluasan meja dan penjarakan fizikal,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambahnya, kerajaan mengambil kira rayuan daripada pelbagai pihak dengan harapan agar masyarakat dapat melakukan kawalan kendiri dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Terdahulu, PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang telah dilanjutkan bermula esok hingga 4 Mac ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading