
JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi berjaya melepasi majoriti mudah, 29 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, sekali gus berada di landasan untuk membentuk kerajaan negeri.
Antara kerusi yang dimenangi BN berdasarkan keputusan tidak rasmi ialah N.26 Machap menerusi Datuk Onn Hafiz Ghazi, N.56 Kukup ditandingi Md Israk Abdullah dan N.35 Pasir Raja, Datuk Seri Dr Adham Baba.
PRN Johor kali ini menyaksikan persaingan bagi 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi 172 calon, dengan BN dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon di semua kerusi.
Bagaimanapun, keputusan itu masih tertakluk kepada pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijangka mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi mengesahkan keputusan penuh PRN Johor ke-16. — AlHijrah Online.