Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIDAK SAH SOLAT WANITA BERSTOKING TERLALU NIPIS, NAMPAK WARNA KULIT

DALAM NEGARA

TIDAK SAH SOLAT WANITA BERSTOKING TERLALU NIPIS, NAMPAK WARNA KULIT

Kaum wanita wajib menutup bahagian tapak kaki semasa menunaikan ibadah solat kerana aurat bagi wanita adalah seluruh tubuh kecuali wajah dan tapak tangan.

KUALA LUMPUR: Solat bagi wanita yang memakai stoking terlalu nipis sehingga boleh menampakkan warna kulit adalah tidak sah.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, kaum wanita wajib menutup bahagian tapak kaki semasa menunaikan ibadah solat kerana aurat bagi wanita adalah seluruh tubuh kecuali wajah dan tapak tangan.

“Antara syarat-syarat sah solat ialah menutup aurat dengan sempurna.

“Jika seseorang bersolat dalam keadaan tidak menutup aurat maka solatnya tidak sah dan perlu dikerjakan semula,” jelas hantaran itu.

Dalam perkongsian sebelum ini juga, PMWP menjelaskan stoking wanita yang nipis tetapi tidak boleh dilihat warna kulitnya, dan tidak boleh dibezakan warna kulit hitam atau putihnya dalam jarak kira-kira 1.5 meter adalah dibolehkan untuk dipakai semasa solat.

Bagaimanapun, wanita disunatkan untuk memakai stoking yang lebih tebal untuk keluar daripada khilaf dan mengelakkan fitnah.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading