Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR IPTS HILANG LEPAS DAKI BUKIT, POLIS TEMUKAN MOTOSIKAL TIDAK BERKUNCI

DALAM NEGARA

PELAJAR IPTS HILANG LEPAS DAKI BUKIT, POLIS TEMUKAN MOTOSIKAL TIDAK BERKUNCI

Polis menerima laporan mengenai penemuan motosikal dipercayai milik mangsa dalam keadaan baik dan tidak berkunci di kawasan berhampiran Pulau Mawar kira-kira 11.30 pagi semalam.

MERSING: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dilaporkan hilang selepas dipercayai mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata laporan mengenai kehilangan Muhamad Akmal Hakimi Ishak, 20, dibuat bapanya di Balai Polis Kluang awal pagi semalam, selepas pemuda itu tidak pulang ke rumahnya di Kluang sejak Rabu lepas.

Beliau berkata polis menerima laporan mengenai penemuan motosikal dipercayai milik mangsa dalam keadaan baik dan tidak berkunci di kawasan berhampiran Pulau Mawar kira-kira 11.30 pagi semalam.

“Berdasarkan penemuan itu, kita telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pukul 5 petang semalam melibatkan 22 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing, Balai Bomba dan Penyelamat Endau serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Razak berkata operasi peringkat awal melibatkan pencarian di kawasan hutan dan pesisiran pantai, bagaimanapun, operasi itu dihentikan pada 7 malam tadi atas faktor keselamatan berikutan keadaan gelap dan hujan. 

Beliau berkata operasi disambung semula pada 8 pagi ini dengan pencarian di darat dan perairan di sekitar pulau itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading