TIGA PENJENAYAH WARGA ROHINGYA DITEMBAK MATI, TERLIBAT LEBIH 50 KES JENAYAH
Tiga penjenayah warga Rohingya yang ditembak mati tengah malam tadi di Selayang Jaya, di sini, merupakan ‘Geng Rantau Fiesta’ yang disyaki terlibat dalam lebih 50 kejadian samun dan pecah rumah di enam negeri.
KUALA LUMPUR: Tiga penjenayah warga Rohingya yang ditembak mati tengah malam tadi di Selayang Jaya, di sini, merupakan ‘Geng Rantau Fiesta’ yang disyaki terlibat dalam lebih 50 kejadian samun dan pecah rumah di enam negeri.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga penjenayah berusia lingkungan 30-an itu dikesan melakukan kegiatan jenayah sejak 2011, dengan seorang daripada mereka yang dipercayai ketua kumpulan itu, pernah dipenjarakan atas kesalahan sama pada 2016 hingga 2017 dan aktif semula selepas dibebaskan.
Beliau berkata dalam kejadian pada 12 tengah malam itu, anggota peronda telah terserempak sebuah kereta jenis Ford Fiesta yang dalam keadaan mencurigakan di Selayang Jaya, sebelum menahan kenderaan tersebut.
“Ketika anggota polis cuba memeriksa, suspek bertindak melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota polis, namun tembakan itu tidak mengenai anggota kami. Polis kemudian membalas dengan tujuh das tembakan mengenai ketiga-tiga suspek dan mereka meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu, polis turut menemui dua pucuk pistol jenis Revolver dan sebilah parang.
Hussein berkata sisatan turut mendapati ketika kejadian kesemua suspek dipercayai sedang dalam perjalanan untuk melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar Batu Caves dan Pasar Borong Selangor.
Menurutnya selain Selangor, kumpulan itu dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan pecah rumah di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pahang dan Pulau Pinang, dan dengan Selangor sahaja kumpulan itu dipercayai telah melakukan sebanyak 27 kes samun serta pecah rumah melibatkan kerugian RM1.3 juta.
“Kejadian terbaharu melibatkan kerugian RM445,000 apabila mereka memecah masuk ke sebuah rumah di Batang Kali pada 8 Dis lepas dan melarikan tiga utas jam tangan Rolex dan dua utas jam tangan Hublot,” katanya
Hussein berkata kumpulan itu menggunakan modus operandi dengan melarikan barangan mewah yang kecil dan mudah dilupuskan seperti barang kemas serta jam tangan mewah.
Beliau berkata polis kini sedang menyiasat tempat tinggal suspek di sekitar Batu Caves dan Selayang untuk mengesan pembeli barangan curi daripada suspek.
“Kita juga sedang mengesan jika terdapat saki-baki ahli kumpulan ini yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked