POLIS MINTA BANTUAN INTERPOL SIASATAN KES ZAYN RAYYAN
Polis memohon bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.
KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata bantuan itu melibatkan maklumat yang telah diperoleh oleh pasukan siasatan yang memerlukan maklumat lanjut daripada pangkalan data Interpol.
“Kami ada minta bantuan daripada Interpol berkaitan pangkalan data mereka yang kami mempunyai beberapa maklumat walaupun tidak konklusif kami perlu maklumat lanjut dari pangkalan data berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hussein berkata pihaknya telah merakam 225 percakapan daripada keluarga dan penduduk di Apartment Idaman Damansara Damai dan mengambil 248 sampel asid deoksiribonukleik.
Menurut Hussein, polis tidak akan berputus asa dalam menyiasat kes berkenaan walaupun mempunyai bahan bukti yang terhad.
“Seperti semua tahu lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan adalah tempat kejadian jenayah kedua dan berikutan itu kami mempunyai bukti fizikal dan keterangan yang terhad, kami masih lagi sedang mengesan lokasi pembunuhan,” katanya.
Katanya proses siasatan kes berkenaan kini telah memasuki fasa ketiga iaitu pasukan forensik kini memberi tumpuan kepada unit tertentu di blok tertentu apartment berkenaan.
Beliau berkata sepanjang siasatan pihaknya turut menahan 12 individu bagaimanapun ia tidak mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan kanak-kanak malang itu.
“Siasatan masih dijalankan setiap hari di kawasan berkenaan, kami tidak akan berputus asa, akan teruskan siasatan hingga pelakunya ditahan, mungkin bukan sekarang tetapi kami yakin pelaku ini akan ditahan,” katanya.
Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.
Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked