JERTIH: Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata dalam kejadian pada 10.30 malam itu, S. Arumugam, 40, dan anaknya A. Sarrvihka, 3, dan saudara mereka V. Vennpani, 10, maut manakala 12 lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun kritikal dan dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.
“Kejadian berlaku ketika ribut, hujan lebat dan laut bergelora menyebabkan bot yang membawa 15 penumpang berusia tiga hingga 40 tahun itu terbalik dan karam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.
Azamuddin berkata hasil siasatan mendapati kesemua penumpang bot tidak memakai jaket keselamatan.
Pemandu bot berusia 20-an yang juga penduduk tempatan ditahan reman untuk membantu siasatan.
Beliau berkata pemandu bot itu juga didapati positif dadah dan mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
“Justeru, pihak polis ingin menasihati orang ramai supaya mengutamakan keselamatan ahli keluarga semasa di pantai peranginan.
“Pihak polis juga menasihati pengusaha bot supaya mengutamakan keselamatan pelancong dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan terutama pemakaian jaket keselamatan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maitim Malaysia) Terengganu Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata terdahulu pihaknya memulakan operasi mencari dan menyelamat pada 11.17 malam setelah menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 10.55 malam.
Kesemua mangsa dibawa ke Jeti Pelancongan Besut menggunakan Bot Maritim Penggalang 45, dan kini mereka telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Beliau berkata pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Maritim Malaysia akan memastikan aspek keselamatan pengangkutan laut di negara ini termasuk di kawasan pelancongan terus dipertingkat.
“Kejadian itu sekali lagi menjadi peringatan betapa pentingnya aspek keselamatan di laut, khususnya ketika cuaca tidak menentu. Maritim Malaysia menyeru semua pengusaha bot supaya mematuhi arahan keselamatan dan memeriksa ramalan cuaca sebelum memulakan perjalanan,” katanya dalam kenyataan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.