“ADA YANG AMBIL TANAH, CIUM BATU NISAN”, JANGAN LAKUKAN KHURAFAT – IBU ALLAHYARHAM NURLY
Ibu kepada Allahyarham Nurly Sahirah Azman, seorang daripada mangsa kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik pada 9 Jun lepas meminta orang ramai yang menziarahi pusara anaknya supaya menjaga adab dengan tidak melakukan perbuatan syirik dan khurafat.
Gambar tular pusara Allahyarham Nurly Shahirah Azman
JERTIH: Ibu kepada Allahyarham Nurly Sahirah Azman, seorang daripada mangsa kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik pada 9 Jun lepas meminta orang ramai yang menziarahi pusara anaknya supaya menjaga adab dengan tidak melakukan perbuatan syirik dan khurafat.
Kamariah Abdul Latif, 60, berkata dalam usaha menghalang perkara itu, keluarganya kini terpaksa memasang tali penghadang di pusara Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Kerandang di sini.
“Kami letak tali itu sebab ada yang datang ambil tanah dan cium batu nisan. Saya nasihatkan orang ramai yang datang jagalah adab ketika berada di kubur dan elakkan perbuatan syirik dan khurafat,” katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Gong Pasir, Kerandang, di sini hari ini.
Kamariah berkata selain itu, pihak keluarga juga memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengangkat dan mengusik naskhah al-Quran lengkap tulisan tangan Allahyarham Nurly Sahirah yang diletakkan di pekarangan rumah bagi mengelakkan daripada koyak dan sebagainya.
“Saya jaga supaya tidak ada yang datang membelek helaiannya, selain ada sebahagian orang pula datang serta cium al-Quran ini, jadi saya bimbang tulisannya terjejas dan tanggal. Ini sahaja kenangan yang saya ada,” katanya.
Tinjauan Bernama hari ini di Kampung Gong Pasir, Kerandang mendapati orang ramai termasuk dari Kedah, Pahang, Kuala Lumpur dan Kelantan tidak putus-putus menziarahi keluarga Allahyarham Nurly Sahirah meskipun setelah hampir tiga minggu nahas ngeri berkenaan berlaku.
Allahyarham Nurly Sahirah antara 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan berkenaan apabila bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di JRTB berhampiran Tasik Banding, Gerik, manakala 33 lagi cedera termasuk pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked