TINDAKAN UNDANG-UNDANG UNTUK PERTAHANKAN KEDAULATAN INSTITUSI DIRAJA – PM
Sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghina institusi diraja dibuat bagi mempertahankan kedaulatan institusi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghina institusi diraja dibuat bagi mempertahankan kedaulatan institusi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata tindakan itu diambil bagi memberi keadilan kepada Raja-Raja yang mempunyai kedudukan tinggi melangkaui sempadan politik dan tidak wajar mereka diheret ke dalam kancah politik.
“Bila menyentuh kedudukan Raja-Raja, itu keputusan Raja-Raja supaya tindakan diambil kerana kita harus berlaku adil kepada mereka. Raja-Raja tak boleh jawab di Parlimen, Raja-Raja tak boleh jawab dalam media, dalam perbahasan biasa.
“Ada perbincangan dengan Raja-Raja dan mereka (Raja-Raja) ada asas… jangan heret mereka (Raja-Raja) dalam gelanggang politik kerana tidak adil.
“Oleh demikian kita jelaskan kepada polis ambil tindakan. Kalau kritik kerajaan dan Perdana Menteri, saya tak mahu Akta Hasutan digunakan tetapi kalau sentuh Raja-Raja itu terserah.
“…dan Raja-Raja telah maklumkan kepada Peguam Negara, dah maklum kepada polis dan Perdana Menteri bahawa mereka tidak mahu diheret dalam perbincangan politik,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Anwar turut menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung tindakan yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau berkata laporan polis itu dibuat oleh Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhammad Sanusi dalam satu ceramah beliau di Selangor itu dianggap menghina Institusi Diraja Selangor.
“Dalam kes umpamanya (Sultan) Selangor itu laporan daripada Dewan Diraja Selangor, bukan laporan daripada saya atau peguam negara ambil tindakan berdasarkan laporan kita dan Sultan Selangor titahkan sedemikan.
“Kalau dengar pandangan pembangkang terutama Perikatan Nasional, dia seolah mengetepikan hal ini dan ia dianggap zalim terhadap Sultan Selangor,” katanya.
Anwar berkata tindakan yang sama juga diambil terhadap Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan menerusi ceramahnya di Muar pada 26 Ogos lepas.
Justeru Anwar sekali lagi mengingatkan semua pihak untuk tindak menyentuh isu berkenaan agama, institusi diraja dan kaum (3R) kerana tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang mengambil kesempatan memainkan isu berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked