Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRAK BANTUAN TERBALIK DI GAZA, 20 TERBUNUH DAN PULUHAN CEDERA

DUNIA

TRAK BANTUAN TERBALIK DI GAZA, 20 TERBUNUH DAN PULUHAN CEDERA

Dua puluh rakyat Palestin terbunuh dan puluhan cedera pada Rabu apabila sebuah trak yang membawa bantuan terbalik menimpa orang ramai di bahagian tengah Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.

Sumber: Media Sosial

GAZA: Dua puluh rakyat Palestin terbunuh dan puluhan cedera pada Rabu apabila sebuah trak yang membawa bantuan terbalik menimpa orang ramai di bahagian tengah Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.

Menurut sumber tempatan, insiden itu berlaku ketika sejumlah besar orang awam, ramai yang mengalami kebuluran teruk, berkumpul untuk menerima bantuan kemanusiaan di tengah-tengah sekatan dan pencerobohan tentera yang berterusan.

Mereka berkata trak itu terbalik selepas tentera Israel didakwa memaksanya menggunakan jalan yang tidak selamat.

Tragedi itu menonjolkan skala bencana kemanusiaan di Gaza, apabila usaha mendapatkan makanan asas pun telah menjadi ancaman nyawa.

Menurut angka rasmi, 52 pekerja bantuan terbunuh dan 352 cedera setakat semalam.

Jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang terbunuh ketika mendapatkan bantuan kini meningkat kepada 1,568, dengan 11,230 cedera.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading