KUALA LUMPUR: Sempena bulan kemerdekaan, TV AlHijrah menerbitkan Podcast Jejak Merdeka, sebuah rancangan istimewa yang mengupas perkembangan Islam di Malaysia dari sebelum kemerdekaan sehingga ke hari ini.
Rancangan ini memaparkan peranan penting Islam dalam pembentukan identiti negara bangsa serta sumbangan tokoh dan institusi yang menjadi tonggak kekuatan umat Islam di Malaysia.
Menerusi rancangan ilmiah tersebut, penonton berpeluang mempelajari sejarah penubuhan institusi keagamaan, kebangkitan gerakan dakwah, hinggalah kepada peranan media sosial dalam menyebarkan dakwah hari ini.
Bakal bersiaran bermula 15 Ogos 2025, setiap Jumaat jam 9 malam di TV AlHijrah dan AlHijrah Plus, rancangan tersebut akan dihoskan personaliti terkenal Amin Idris.
Antara tetamu jemputan Podcast Jejak Merdeka ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang akan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka.
Jangan lepaskan peluang untuk saksikan perbincangan sarat dengan ilmu dan inspirasi dalam Podcast Jejak Merdeka, bermula 15 Ogos 2025, setiap Jumaat jam 9 malam di TV AlHijrah dan AlHijrah Plus. — AlHijrah Online