Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VIDEO TULAR MOHD SHUHAILY “DEEPFAKE”, BERNIAT JAHAT – AKPS

DALAM NEGARA

VIDEO TULAR MOHD SHUHAILY “DEEPFAKE”, BERNIAT JAHAT – AKPS

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) hari ini menafikan penularan sebuah video melalui TikTok yang mengaitkan Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Sumber: ARKIB

PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) hari ini menafikan penularan sebuah video melalui TikTok yang mengaitkan Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

AKPS memaklumkan video dimuat naik oleh pemilik akaun “Hermano Kedutaan” itu adalah palsu dan dihasilkan melalui teknik “deepfake” atau palsu asli menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Penghasilan dan penyebaran video itu adalah cubaan berniat jahat yang menjatuhkan imej, mencemarkan reputasi dan menjejaskan integriti Ketua Pengarah AKPS dengan tujuan memanipulasi serta mengelirukan orang ramai,” menurut AKPS dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, AKPS menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh dan sentiasa waspada dengan kandungan yang disiarkan serta tidak menyebarkan video terbabit kerana satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

“Walaupun kemajuan teknologi AI amat dialu-alukan, penggunaannya secara tidak beretika untuk tujuan memfitnah dan menjatuhkan maruah individu adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.

“AKPS memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan menegaskan tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil terhadap individu atau mana-mana pihak yang terlibat dalam penghasilan serta penyebaran video palsu itu,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading