KUALA LUMPUR: Pentas Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2025 pada malam ini akan digamatkan lagi dengan bacaan qari Malaysia, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan.
Qari yang berasal dari Perak itu telah mendapat giliran untuk memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran pada malam 7 Ogos 2025.
Peserta yang turut mendapat giliran yang sama untuk membuat persembahan antaranya Singapura, Indonesia, Mesir, Sri Lanka dan Senegal.
MTHQA 2025 telah berlangsung bermula 2 Ogos dan akan melabuhkan tirainya pada 9 Ogos di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Saksikan acara Tilawah bagi MTHQA 2025 di TV AlHijrah saluran 114, platform digital TV AlHijrah dan Berita AlHijrah, serta aplikasi AlHijrah Plus.—AlHijrah Online