Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUFTI BESAR BAITULMAQDIS DIHALANG MASUK MASJID AL-AQSA SELAMA 6 BULAN LAGI

DUNIA

MUFTI BESAR BAITULMAQDIS DIHALANG MASUK MASJID AL-AQSA SELAMA 6 BULAN LAGI

GAZA: Pihak berkuasa Israel mengenakan larangan selama enam bulan terhadap Sheikh Muhammad Hussein, Mufti Besar Baitulmaqdis dan Wilayah Palestin, daripada memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut Pentadbiran Baitulmaqdis yang memetik peguam Khaldoun Najm, keputusan itu dibuat selepas tamat tempoh larangan selama lapan hari sebelum ini.

Perintah terbaharu itu dilaporkan dikeluarkan susulan khutbah Jumaat beliau baru-baru ini yang mengutuk dasar penindasan Israel termasuk didakwa sengaja menyebabkan kebuluran terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Pasukan keselamatan Israel telah memanggil pemimpin agama itu pada 27 Julai dan menyerahkan perintah pengusiran selama lapan hari dari Masjid Al-Aqsa, dengan kemungkinan lanjutan.

Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin mengecam tindakan itu dan menyifatkannya sebagai cubaan terang-terangan untuk menyingkirkan pihak berkuasa agama daripada Al-Aqsa serta membungkam suara yang menentang perancangan Israel.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, kementerian berkata larangan itu mencerminkan sejauh mana pelanggaran yang dilakukan Israel di Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan khususnya di Masjid Al-Aqsa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading