Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

QARIAH MALAYSIA PERDENGAR BACAAN PADA MALAM TERAKHIR TILAWAH MTHQA 2025

DALAM NEGARA

QARIAH MALAYSIA PERDENGAR BACAAN PADA MALAM TERAKHIR TILAWAH MTHQA 2025

Malam terakhir Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2025 pada malam ini akan menyaksikan bacaan tilawah oleh qariah Malaysia, Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi.

KUALA LUMPUR: Malam terakhir Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2025 pada malam ini akan menyaksikan bacaan tilawah oleh qariah Malaysia, Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi.

Qari dari Terengganu itu akan memperdengarkan bacaan itu bersama peserta dari Afghanistan, Kazakhstan, Kanada, Indonesia dan Kemboja.

MTHQA 2025 telah berlangsung bermula 2 Ogos dan akan melabuhkan tirainya pada 9 Ogos di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Saksikan acara Tilawah bagi MTHQA 2025 di TV AlHijrah saluran 114, platform digital TV AlHijrah dan Berita AlHijrah, serta aplikasi AlHijrah Plus.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading