Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TUANKU MUHRIZ KEKAL YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

UTAMA

TUANKU MUHRIZ KEKAL YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menegaskan keputusan MMKN berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz tidak sah, selain mengekalkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Besar yang sah.

SEREMBAN: Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah tidak sah dan tidak mempunyai sebarang kesan.

Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan berkata, MMKN tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kedudukan Yang di-Pertuan Besar kerana perkara berkaitan pemilihan, pelantikan, peletakan jawatan atau pemecatan terletak di bawah bidang kuasanya.

Menurut DKU, keputusan MMKN bertarikh 16 September yang mengiktiraf pemilihan Yang di-Pertuan Besar baharu juga tidak berperlembagaan.

“Dengan itu, ia adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan tidak mempunyai apa-apa kesan,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan hari ini.

DKU turut menegaskan Proklamasi bertarikh 19 April untuk menurunkan Tuanku Muhriz kekal cacat dan terbatal kerana siasatan yang diwajibkan tidak pernah dijalankan.

Selain itu, tiga daripada empat penandatangan proklamasi berkenaan didakwa bukan Undang yang sah ketika itu.

Sehubungan itu, pegawai kerajaan negeri tidak dikehendaki melaksanakan sebarang arahan berdasarkan keputusan berkenaan.

DKU turut meminta semua pihak menghormati prosiding yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Seremban.

Pada masa sama, DKU menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.

“Tiada kekosongan jawatan dan tiada pengganti selagi jawatan itu dipegang secara sah,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading