Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUJUH CEDERA SERANGAN ISRAEL DI MASJID AL-AQSA SEBELUM SUBUH

DUNIA

TUJUH CEDERA SERANGAN ISRAEL DI MASJID AL-AQSA SEBELUM SUBUH

BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera termasuk wanita selepas polis Israel bertindak menyerbu kompleks dan ruangan solat di Masjid Al-Aqsa ketika jemaah Palestin sedang solat subuh dengan aman.

BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera termasuk wanita selepas polis Israel bertindak menyerbu kompleks dan ruangan solat di Masjid Al-Aqsa sebelum subuh ketika jemaah Palestin sedang sibuk melakukan solat sunat dengan aman.

Polis negara haram itu bertindak memecahkan tingkap dan menyerang jemaah serta menahan 200 rakyat Palestin.

Bulan Sabit Merah Palestin berkata rakyat Palestin yang cedera akibat terkena tembakan peluru getah dan dipukul malah polis Zionis telah menghalang pegawai perubatannya daripada sampai ke Al-Aqsa untuk memberikan rawatan.

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, sekumpulan rakyat Palestin dipukul bertubi-tubi oleh polis Israel dengan jeritan “Ya Allah… Ya Allah… Ya Allah…” kedengaran oleh mangsa.

Pihak berkuasa negara haram itu juga dilapor melontarkan bom tangan dan pemedih mata di dalam ruangan solat di Masjid Al-Aqsa.

Israel dan pendatang Yahudi sering kali melakukan serbuan ke atas Masjid Al-Aqsa dengan niat untuk membangkitkan kemarahan rakyat Palestin.

Ketegangan antara Palestin-Israel pada bulan Ramadan semakin meningkat dan terdapat kebimbangan akan berlaku keganasan seterusnya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading