TUKANG SAPU JUMPA MAYAT HANGUS TERBAKAR

KUALA NERUS: Seorang tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tergamam selepas terjumpa satu mayat yang telah hangus terbakar, dipercayai mangsa pembunuhan, di Kampung Padang Air, Tepoh, pagi tadi.

Menurut Mohd Hamdan, 32 tahun, dia menjumpai mayat tesebut semasa sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di tepi jalan Kuala Terenggannu-Kelantan pada jam 7.15 pagi.

Sewaktu Mohd Hamad menyapu di bahu jalan, dia ternampak asap yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dari belukar bersebelahan bahu jalan. 

Kemudian, dia memanggil rakannya untuk memastikan yang terbakar itu sama ada benar-benar mayat, sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

“Saya cuma nak tengok apa terbakar dan ternampak kaki yang disangka anak patung. Kebetulan ada orang lalu di tepi jalan pada masa itu dan dia mengatakan objek berkenaan adalah manusia. Kami segera melaporkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din berkata, siasatan awal tidak menolak kemungkinan bahawa mangsa telah dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang serta dibakar di dalam belukar tersebut.

Bagaimanapun, identiti serta jantina mangsa masih belum dikenal pasti memandangkan tiada sebarang dokumen peribadi mangsa dijumpai.

“Kita menjumpai ada satu mayat yang telah terbakar yang boleh dikatakan terbakar keseluruhan kecuali dibahagian betis kaki kanan,” kata Abdul Rahim.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat.—AlHijrah Online / Kamalruddin Taib

One comment

Leave a Reply