MAYAT HANGUS TERBAKAR DISAHKAN WANITA

KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan identiti mayat yang ditemui rentung dalam belukar di Kampung Padang Air, Kuala Nerus pada 17 April lalu, adalah seorang wanita tempatan yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, perkara tersebut telah disahkan dengan keputusan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diterima beberapa hari lepas.

“Keputusan DNA sudah dikeluarkan dengan sampel mangsa yang diuji sepadan dengan sampel keluarga terdekatnya.

“Keputusan itu sudah dimaklumkan kepada ahli keluarga terlibat dan jenazah kini masih berada di bilik mayat Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ),” katanya.

Sebelum ini, seorang tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terjumpa satu mayat yang telah hangus terbakar, dipercayai mangsa pembunuhan, di Kampung Padang Air, Tepoh, April lalu.–AlHijrah Online

ARTIKEL BERKAITAN – TUKANG SAPU JUMPA MAYAT HANGUS TERBAKAR

Leave a Reply